Keputusan Pilihanraya Umum Ke-12 (2008)

KEPUTUSAN PRU12 TAHUN 2008

PARLIMEN: BN 140-82 PR (31 PKR, 28, DAP, 23 PAS)*

DUN PERLIS: BN 14-1 PR (1 PAS)**

DUN KEDAH: BN 14-22 PR (16 PAS, 4 PKR, 1 DAP, 1 BEBAS [kemudian menyertai PKR])

DUN KELANTAN: BN 6-39 PR (38 PAS, 1 PKR)***

DUN TERENGGANU: BN 24-8 PR (8 PAS)

DUN PULAU PINANG: BN 11-29 PR (1 PAS, 9 PKR, 19 DAP)

DUN PAHANG: BN 37-4 PR (2 PAS, 2 DAP) 1 BEBAS****

DUN PERAK: BN 28-31 PR (6 PAS, 7 PKR, 18 DAP)*****

DUN SELANGOR: BN 20-36 PR (8 PAS, 15 PKR, 13 DAP)******

DUN NEGERI SEMBILAN: BN 21-15 PR (1 PAS, 4 PKR, 10 DAP)

DUN MELAKA: BN 23-5 PR (5 DAP)

DUN JOHOR: BN 50-6 PR (2 PAS, 4 DAP)

DUN SABAH: BN 59-1 PR (1 DAP)

DUN SARAWAK BN 55-15 PR (3 PKR, 12 DAP) 1 BEBAS*******

p/s: PRU13 datang lagi. Mari kita bersama mengundi untuk kesejahteraan masa hadapan negara Malaysia yang tercinta ini. Terpulang kepada semua pengundi samada untuk mengekalkan kerajaan yang sedia ada atau mengubah kerajaan. Jika anda bertanya kepada saya ingin mengundi siapa, saya akan cakap: Ini kalilah!

NOTA:

* Kerusi BN berkurang kepada 135, PKR pula berkurang kepada 24 kerusi manakala PAS dan DAP masing-masing menambah satu kerusi selepas memenangi PRK Kuala Terengganu dan PRK Sibu.

** Kerusi PAS bertambah kepada 2 kerusi selepas berjaya memenangi petisyen DUN Sanglang.

*** Kerusi PAS berkurang kepada 37 kerusi selepas BN berjaya memenangi DUN Galas.

**** Kerusi BN bertambah kepada 38 kerusi selepas ADUN Bebas menyertai BN.

***** BN berjaya merampas semula Perak pada 3 Februari 2009 selepas 2 ADUN dari PKR dan 2 ADUN dari DAP menjadi ADUN Bebas pro-BN.

****** PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi apabila ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar dari PKR manakala ADUN Gombak Setia, Dato’ Dr. Hasan Ali dipecat daripada PAS.

******* Pilihanraya DUN Sarawak diadakan pada tahun 2011. BN berjaya memenangi 55 kerusi daripada 71 kerusi yang dipertandingkan. PKR mendapat 3 kerusi manakala DAP mendapat 12 kerusi. Seorang calon Bebas, George Lagong memenangi satu kerusi iaitu DUN Pelagus. Tidak lama kemudian, beliau menyertai Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) sebelum menyertai Parti Pekerja Sarawak (SWP).

1:33 PM (27 April 2013 M bersamaan 16 Jamadil Akhir 1434 H)